Saturday 11 March 2017

LAWATAN PENSYARAH KE TEMPAT WBL

                     Pada 12/03/2017, Puan Ira dan Puan Azizah telah datang ke UUM untuk melawat kami.Sewaktu melawat, Pensyarah telah memeriksa buku Jurnal kami bagi tujuan pemarkahan. Pensyarah juga telah bertanya tentang keadaan kami sepanjang berada disini dan memberi nasihat serta semangat untuk kami meneruskan pembelajaran Praktikal kami disini. Dengan kata kata semangat tersebut, Kami menjadi lebih semangat untuk berkerja disini walaupun perlu bekerja pada hari minggu. Kami yakin bahawa dengan melaksanakan overtime, kami akan lebih rajin bekerja dan mendapat lebih ilmu pengetahuan berbanding mereka yang tidak melakukan overtime. Jadi kami pon selalu melakukan overtime.

Gambar kenangan kami bersama pensyarah pensyarah kami 


Pada 3/4/2017, Puan Azizah dan Puan Rasma telah datang melawat kami di Pejabat untuk sesi pemantauan.

              SESI PITCHING SKRIP DI RTM

            Pada 6.3.2017, Kami bersama Penyelia kami, Dr. Hisham serta rakan baiknya, Encik Asif telah pergi ke Kuala Lumpur untuk melakukan sesi Pitching skrip di Wisma TV RTM. Kami bertolak pada hari Selasa dan bermalam di sebuah hotel di Shah Alam. Pada keesokan hari nya, Kami pon bertolak ke RTM. Sewaktu sesi Pitching, kami ditugaskan untuk menjaga Slide presentation semasa penyelia kami sedang membuat Pembentangan.
                Setelah itu, Kami pon pulang dan menyambung tidur kerana kami sangat penat.Pada malam itu pula, Kami pergi ke Sunway Putra Mall. Malangnya, ketika kami sampai, Mall tersebut telah pon tutup. Kami berasa sangat sedih kerana kami tidak dapat membeli baju yang mahal mahal di sana kerana kami mendapat wang sebanyak 50 ringgit seorang sebagai belanja. Pada keesokan harinya, kami pon bertolak balik ke Kedah, tetapi sebelum bertolak, pelbagai tempat telah kami berhenti untuk bertemu bersama rakan rakan Encik Asif bagi mendapat tandatangan untuk pciptaan Permainan Kad barunya. Kami berasa sangat seronok kerana telah mendapat pelbagai poengalaman yang menarik sepanjang disana.

Selfie bersama Dr.Hisham dan Encik Asif selepas sesi Pitching


Gambar ketika di RTM


 Gambar bersama Penulis Skrip rakan kepada Dr. Hisham


Gambar saya bersama Ironman di dalam Sunway Putra Mall

Wednesday 1 March 2017

Post Production

Kami ditugaskan menyunting pelbagai jenis video. Antara video yang telah kami sunting adalah seperti, Video pitching Laluan Gorden, Insan Teristimewa, Kadaram , video Tutorial Kad Pintar Solat, Video trailer program Meet&Greet(tidak dapat dilampirkan di dalam blog), Video perasmian majlis tandatangan MOU antara UUM&UMW dan Video Promo Scimpa UUM. Pelbagai ragam dan kerenah yang telah kami hadapi sepanjang kami menyunting video tersebut. Tetapi dengan sifat sabar, Kami telah pon berjaya menyiapkan video video tersebut. Kami juga telah membuat overtime semata mata untuk menyiapkan video tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan.




Video Promo 3M SCIMPA UUM



Video Tutorial Permainan Kad Pintar Solat

Video Pitching Laluan Gorden 



Video Pitching Insan Teristimewa



Video Pitching Kadaram



Video Trailer Program Meet&Greet bersama Pekin, Raja Azmi dan Amir AF

Montaj majlis menandatangani memorandum perjanjian $ penyerahan hak sebagai distributor UUM&UMW GRANT
SHOOTING

Kami juga telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video. Antara gambar yang kami perlu ambil adalah gambar gambar mercu tanda UUM seperti Menara Jam dan sebagainya untuk dijadikan panduan sewaktu hendak membuat video 3M SCIMPA. Selain itu, Kami juga ditugaskan untuk mengambil gambar di Mesyuarat mesyuarat untuk dimasukkan kedalam berita di Media Sosial. Kami juga telah merakam video untuk memperkenalkan sebuah Permainan Kad Baharu yang dinamakan Kad Pintar Solat. Didalam video itu, Kami menunjukkan kandungan dalam kotak permainan tersebut serta cara cara hendak bermain Permainan kad tersebut.Selain itu, kami juga telah mengikuti shooting bersama Pelajar UUM semestar akhir. Shooting tersebut adalah untuk Projek semester akhir mereka. Shooting tersebut telah dibuat pada beberapa kawasan di UUM seperti Rumah Naib Canselor. Rumahnya sangat besar dan cantik. Kami diberi layanan yang sangat baik oleh krew-krew tersebut. Makanan juga telah disediakan untuk kami. Kami mengikuti shooting tersebut dari jam 5.30 petang sehingga 12.00 malam.Kami berasa sangat letih dan mengantuk.

















PROGRAM SCIMPA


Antara Program yang telah kami hadiri ialah seperti Program Train of Trainer e-rezeki, Program mesyuarat Khas Naib naib Canselor Universiti seluruh Malaysia dan Pertandingan Badminton ACATON. Program TOT dibuat adalah untuk melatih pelajar dan pensyarah bagi mempelajari cara menggunakan platform pekerjaan melalui online untuk menambah pendapatan sampingan. Program mesyuarat khas Naib Canselor pula adalah program mesyuarat yang dihadiri oleh Naib naib Canselor seluruh Malaysia. Kami ditugaskan untuk memasang Greenscreen dan Lighting di EDC HOTEl dan Anjung Tamu. Manakala Program pertandingan Badminton pula, telah kami sertai. Kami telah mendapat tempat kedua didalam acara beregu campuran. Kami berasa sangat bangga keraba untuk kali pertama kami telah berjaya memenangi sebuah pertandingan. Kami juga telah menyertai pelbagai program bersama artis artis Malaysia. Selain itu, Kami juga mengikuti Program

Program Train of Trainers e-rezeki

Pemasangan Greenscreen di EDC Hotel

Program pertandingan Badminton 

            Program Meet&Greet bersama Pekin Ibrahim, Raja Azmi dan Amir AF2016



Program Ujibakat Penyampai Radio Astro 


Program Mesyuarat bersama PNC UUM


 Program Syarahan perdana bersama Pelancongan Warisan dan Arkeologi Kedah


MESYUARAT

Kami telah menghadiri pelbagai mesyuarat untuk membincangkan pelbagai program dan juga tugasan yang perlu kami selesaikan. Dengan adanya mesyuarat, kami dapat merancang sesuatu dengan baik kerana kami akan saling berkonsi idea dan pendapat untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. 


                               
Mesyuarat Program MDEC e-rezeki    Mesyuarat Perbincangan Video 3M SCIMPA
       


                                         

 Mesyuarat Pembikinan Laman Web Rasmi SCIMPA           Mesyuarat bersama Astro dan SCIMPA



                   
Mesyuarat bersama Pihak Astro untuk Program Karya 12        Mesyuarat Pembikinan Video Korporat                                                                                                               Soc dan Awang Had Salleh


PANORAMA BANGUNAN SCIMPA

Kami ditugaskan untuk mengambil gambar bangunan SMMTC dan SCIMPA untuk dijadikan sebagai gambar panorama bangunan SCIMPA. Kami terpaksa mengharungi panas terik dan perlu mengambil jarak yang jauh bagi mendapatkan keseluruhan bangunan. Kami menggunakan kamera DSLR CANON 5D MARK iii. Kemudian, kami menggabungkan gambar ii tersebut dan menjadikan sebagai panorama dengan menggunakan Software Image Composite Editor. 





DESIGN POSTER 

Kami ditugaskan untuk membuat design poster. Kami menggunakan Adobe Illustrator untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pelbagai poster telah kami hasilkan seperti Poster poster sambutan Perayaan, Peperiksaan dan lain lain lagi. Pada mulanaya, design kami akan dikomen terlebih dahulu dan kami akan memperbaiki mengikut arahan yang diberi. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan kami, Kami akhirnya, berjaya menyiapkan segala design design Poster. Berikut di bawah adalah Poster-poster yang telah dibuat oleh kami. Poster-poster tersebut merangkumi setiap sambuitan hari hari penting di dalam Universiti.




Poster Menyambut kemasukan Pelajar Baru dan lama ke kelas

Design tapak nama Cenderamata kepada Professor

Design belakang Brochure Scimpa

Design Poster ucapan kepada Student yang akan menduduki Peperiksaan Akhir

Design hadapan Brochure Scimpa

Design Poster Ucapan kelahiran Naib Canselor UUM

Poster Ucapan Tahun Baru Cina

Poster Hebahan Program Training of Trainer dari pihak MDEC

Poster Ucapan Tahun Baru 2017

Poster Ucapan Hari Natal

Poster Ucapan kepada Pelajar yang Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun

Poster Ucapan Tahniah kepada perlantikan Timbalan Naib Canselor

Poster Hebahan Program Latihan Praktikal mengendalikan studio radio digital

Poster Ujibakat Penyampai Radio & Pengacara

Poster Ucapan Tahniah atas perlantikan semula Naib Canselor

Poster Carta Organisasi SCIMPA

Poster ucapan Tahniah atas perlantikan Dekan SCIMPA

Poster ucapan Tahniah atas kejayaan menghasilkan Paten