Wednesday 1 March 2017

SHOOTING

Kami juga telah ditugaskan untuk mengambil gambar dan merakam video. Antara gambar yang kami perlu ambil adalah gambar gambar mercu tanda UUM seperti Menara Jam dan sebagainya untuk dijadikan panduan sewaktu hendak membuat video 3M SCIMPA. Selain itu, Kami juga ditugaskan untuk mengambil gambar di Mesyuarat mesyuarat untuk dimasukkan kedalam berita di Media Sosial. Kami juga telah merakam video untuk memperkenalkan sebuah Permainan Kad Baharu yang dinamakan Kad Pintar Solat. Didalam video itu, Kami menunjukkan kandungan dalam kotak permainan tersebut serta cara cara hendak bermain Permainan kad tersebut.Selain itu, kami juga telah mengikuti shooting bersama Pelajar UUM semestar akhir. Shooting tersebut adalah untuk Projek semester akhir mereka. Shooting tersebut telah dibuat pada beberapa kawasan di UUM seperti Rumah Naib Canselor. Rumahnya sangat besar dan cantik. Kami diberi layanan yang sangat baik oleh krew-krew tersebut. Makanan juga telah disediakan untuk kami. Kami mengikuti shooting tersebut dari jam 5.30 petang sehingga 12.00 malam.Kami berasa sangat letih dan mengantuk.

















No comments:

Post a Comment